Pra-Audit 5S Oleh MPC

Pra-Audit 5S oleh pihak Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah diadakan pada 13 Oktober 2014. Taklimat ringkas dan sesi auditan dilakukan oleh pegawai dari MPC terhadap 10 zon yang disenaraikan untuk tujuan persijilan.

Zon-zon tersebut adalah Zon Responsif, Zon Tuntas, Zon Dedikasi, Zon Integriti, Zon Khaliq, Zon Dinamik, Zon Unik, Zon Effisien, Zon Harmoni dan Zon bistari. Ulasan serta teguran semasa sesi lawatan ke setiap zon diberikan semasa sesi penutup Pra-Audit 5S dan menetapkan pada 27 Oktober 2014 Audit sebenar Amalan 5S akan dilakukan bagi mendapatkan Persijilan Amalan 5S.

This website is fully managed by Jawatankuasa Promosi 5S JKR Kedah Darul Aman.